PROFILE TRAINER

NOOR SHUHADA IBRAHIM

Puan Noor Shuhada Binti Ibrahim (NSI), berpendidikan dalam bidang pengurusan perniagaan dan menyambungkan pelajaran ke bidang Pengurusan Sumber Manusia.

NSI mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam menguruskan Jabatan dan Bahagian Sumber Manusia di Syarikat GLC, Syarikat Berhad dan Sendirian Berhad. 

Beliau pernah menguruskan pelbagai sektor industri seperti forwarding, kejuruteraan, penangkapan ikan laut dalam, penternakan ikan, perkilangan, trading, perladangan, katering, pengangkutan, pakaian.

Beliau juga berpengalaman dalam persijilan ISO 9001 mahir dalam perisian penggajian, pernah berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak,

Antara sumbangan beliau adalah Program Seronoknya Belajar Sains untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan, sebagai internal trainer di dalam syarikat dan sekarang bergiat aktif dalam perniagaan virtual office, HR Outsourcing, Training & Consultancy.

Beliau mempunyai pasukan pelatih mahir yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) khususnya dalam bidang Sumber Manusia, Pensijilan Halal, komunikasi, motivasi, etika kerja, budaya korporat, kaunselling dan juga teknologi maklumat dan komunikasi.

Puan Ruzanita Binti Mohd Yusoff (RMY) merupakan Halal Eksekutif Berdaftar dan juga Pelatih Berdaftar dalam syarikat Datatral Resources Sdn Bhd.

RMY bermula dalam pendidikan pengurusan perniagaan dan mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pemasaran yang berurusan dengan badan – badan kerajaan. 

Beliau juga menceburi bidang makanan dan minuman dengan menguruskan kilang sejuk beku selama 2 tahun dan juga berpengalaman menguruskan beberapa dewan makan asrama di Semenanjung Malaysia selama 2 tahun.

RMY mahir dalam perlaksanaan kontrak  dengan  Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menguruskan projek pembekalan susu di seluruh Pahang dan Johor selama 8 tahun.

Sekarang bergiat aktif sebagai  konsultan persijilan untuk beberapa syarikat

di sebahagian Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah. Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan pensijilan  dari pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau pernah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kategori Pengurusan Terbaik semasa menjalankan pembekalan susu ke sekolah.

RUZANITA MOHD YUSOFF

MOHAMED SES KASIM

Encik Mohamed Ses Bin Kasim (MSK) bermula dalam dunia pemakanan dengan pendidikan ijazah sarjana muda Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dengan pengalaman lebih daripada 23 tahun dalam industri makanan, beliau bermula dengan kerjaya sebagai Pelatih Pengurusan sebagai Eksekutif Operasi di perkilangan makanan tin dan mahir dalam bidang operasi pengilangan makanan.

Pada masa yang sama, beliau arif dalam dunia pensijilan berkaitan pengilangan makanan antaranya pensijilan Piawaian Halal, ISO 19001 dan diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan audit Keselamatan Makanan samada syarikat dalaman dan syarikat luar sebagai BRC Audit.

 

MSK sangat pakar dalam pengendalian teknologi retort makanan yang sedang meluas digunakan oleh pengilangan makanan pada masa kini. Beliau juga merupakan individu yang sangat  penting dalam mendapatkan Pensijilan Food Management ISO 22000 : 2018.

Antara pencapaian dan kemahiran beliau ialah TTT Pelatih berdaftar, Communication & Connect, ISO 22000 : 2018 Food Safety Management System, Inventory & Store Management, Food Handling Course, HACCP Internal Auditor, Key Performance Indicator Course & Risk Awareness Sessions.

Encik Badrul Hisham Bin Abu Hassan (BH) bermula dalam dunia pemakanan dengan pendidikan ijazah sarjana muda Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri makanan, beliau sangat mahir dalam bidang piawaian kualiti pengilangan makanan.

Pada masa yang sama, beliau arif dalam dunia pensijilan berkaitan pengilangan makanan antaranya pensijilan Piawaian Halal, ISO 19001 dan diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan audit Keselamatan Makanan samada syarikat dalaman dan syarikat luar sebagai BRC Audit.

BH pakar dalam pengendalian kualiti dan penciptaan resipi dan nutrien makanan yang amat dititikberat oleh semua lapisan komuniti pada masa kini. Beliau juga merupakan individu yang sangat  penting dalam mendapatkan Pensijilan Food Management ISO 22000 : 2018.

Antara pencapaian dan kemahiran beliau ialah TTT Pelatih berdaftar, Communication & Connect, ISO 22000 : 2018 Food Safety Management System, Inventory & Store Management, Food Handling Course, HACCP Internal Auditor, Key Performance Indicator Course & Risk Awareness Sessions.

BADRUL HISHAM ABU HASSAN

NUR ELLYZAH SUBOH

Nur Ellyzah Binti Suboh (ES) mendapat pendidikan awal dalam Sijil Kemahiran MLVK Tahap 2 dalam Bidang Pentadbiran Sistem Maklumat dan telah menyambung pelajaran pada Jun 2003 di UTM dalam bidang Kejuruteran Elektronik.

ES berpengalaman hampir 12 tahun dalam Bahagian Sumber Manusia  dan

Pentadbiran dan berpengalaman dalam pelbagai industri seperti perkilangan makanan, kilang proses makanan ruji, pembekal dan pengedar bahan mentah.

Pernah menguruskan bahagian sistem operasi dengan pengalaman selama 4 tahun bahagian logistik dan penghantaran barang.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan pembangunan pekerja melalui kaunseling, latihan induksi dan audit dalaman ISO 22000: 2005 ‘Food Safety Management System Standard’ dalam memastikan dokumen pekerja dibawah ISO 22000 mengikut piawaian Halal dan ISO 19001.

Beliau mahir mengenai pengurusan Komuniti Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dalam syarikat dalam memastikan dokumen keselamatan mengikut Piawaian daripada JKKP.

Kini beliau bergiat aktif sebagai Internal Trainer berdaftar berkaitan HR Outsourcing, Training & Consultancy di bawah Syarikat Datatral Resources Sdn. Bhd.